Banglo Idaman Yang Telah Direalisasikan

Rumah yang berkonsepkan BANGLO RESORT ini telah dibina di Air Papan, Mersing, Johor. Bukaan rumah ini adalah 60’x66′ dengan dilengkapi kolam renang dan anjung tinjau. Rumah ini siap sepenuhnya dalam tempoh 8 bulan dengan menggunakan teknologi IBS jenis interlocking bricks secara keseluruhannya. Kini rumah ini telah dijadikan rumah inap oleh pemiliknya.

Ini adalah rumah jenis Semi-D yang disiapkan dalam tempoh 5 bulan. Rumah ini mempunyai 3 bilik 2 bilik air setiap pintunya dengan bukaan keseluruhan 40’x40′. Rumah yang berkonsepkan English Style ini adalah ilham dan impian pemiliknya yang mana rumah ini ingin dihadiahkan untuk anaknya. Rumah ini dibina di Ulu Yam, Selangor.

Rumah yang dibina dengan bukaan 19’x40′ ini adalah merupakan rumah berkonsepkan rumah panggung di mana bahagian bawahnya dijadikan tempat letak kereta. Rumah ini mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Ia siap dibina sepenuhnya dalam tempoh 4 bulan sahaja. Rumah ini telah dibina di Cheras Baru, KL.
Rumah yang dibina di Ijok, Selangor ini adalah merupakan rumah yang dibina menggunakan teknologi IBS jenis lightweight. Rekabentuk rumah ini adalah Permata ubahsuai dengan 4 bilik 2 bilik air dengan bukaan rumah 21’x45′. Tile dan warna cat adalah pilihan pemilik sendiri.

Rumah jenis Mahsuri ini adalah merupakan rumah yang dibina di Kuala Linggi. Ia berkonsepkan klasik dengan bukaan rumah 22’x40′ ini mempunyai 3 bilik 2 bilik air. Ia merupakan rumah persinggahan kepada pemiliknya ketika pulang ke kampung.