20+
Tahun Dalam Indutri
40+
Rekabentuk Rumah Tersedia
300+
Projek Siap & Serah Kunci
40+
Pekerja Mahir
Tentang Kami
Kenapa anda perlu memilih kami?
Dengan pengalaman yang kami miliki, kami tahu apa yang anda perlukan dan apa yang anda impikan. Setiap projek yang kami laksanakan, kami akan jadikan sebagai karya seni yang unik. Kami bukan hanya membina impian tapi kami akan realisasikannya menjadi kenyataan.
- VISI
- MISI
- TEKNOLOGI IBS DALAM PEMBINAAN

Perkhidmatan Kami
Apa yang kami sediakan untuk anda?
Kami menyediakan perkhidmatan yang lengkap dari A-Z bagi membina rumah Impian anda supaya dapat direalisasikan sebaiknya.

BINA RUMAH
Kami akan MEREALISASIKAN rumah Impian anda bermula dari tapak hinggalah serahan kunci. Kami juga menyediakan lebih 40 rekabentuk untuk membantu anda membuat pilihan.

UBAHSUAI RUMAH/PEJABAT
Mengubahsuai rumah atau pejabat supaya bersesuaian dengan kehendak Dan keperluan anda. Kami akan menguruskan dari A-Z.

PELAN & KELULUSAN
Kami mempunyai team dan konsultan bagi mereka bentuk rumah impian anda serta menguruskan permohonan kepada pihak berwajib bagi memastikan impian anda dibina mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

PENGURUS PROJEK
Kami juga mempunyai kemahiran Dan kepakaran sebagai PENGURUS PROJEK bersekala besar seperti pembangunan lot-lot banglo atau projek-projek perumah.
Testimoni Pelanggan
Apa pendapat dan pandangan mereka?

Alhamdulillah. Terima kasih Banglo Idaman , membantu merealisasikan impian kami memiliki rumah sendiri diatas tanah sendiri mengikut plan dan bajet kami. Pembinaan mengambil masa lbh kurang 4 bulan yg pada kami satu tempoh yg sgt cepat untuk rumah kediaman kami berkonsepkan rumah tinggi. Pembuatan yg cepat, kemas, cantik dan kami sgt puas hati.

Sharmila Sahir
Cheras Baru, KL

Saya adalah salah seorang yang menggunakan khidmat syarikat ini untuk bina banglo saya Villa Alyunani di Air Papan Mersing. Saya sangat berpuas hati dengan komitmen dan hasilnya . Trusted pengurusan yang sangat memudahkan dan menyantuni pelanggan dengan baik. Semoga syarikat ini terus berjaya membina banglo-banglo idaman mampu milik di tanah sendiri dengan harga yang berpatutan.

Nooraini Abd. Karim
Air Papan, Mersing, Johor

Terima kasih Banglo Idaman kerana menyiapkan pembinaan rumah dengan cemerlang mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Kualiti pembinaan bermutu tinggi.

Yone Amri
Ulu Yam, Selangor

Saya sangat gembira dengan masa yang ditetapkan tepat seperti yang dijanjikan. Dari segi kualiti Alhamdulillah sangat berkualiti. Apabila ada komen minta baiki memang diambil tindakan segera. Tu yang bagus kita orang puji la tindakan tu.

Pn. Salwa
Bukit Damar, Selangor
Spesifikasi & Kekemasan
Spesifikasi & Kekemasan Keutamaan Kami
Kami akan memastikan setiap projek menepati dan mematuhi spesifikasi dan kekemasan agar impian yang dibina dapat dihasilkan dengan sebaiknya dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Kekemasan
Kekemasan Luaran & Dalaman
Kami sentiasa memantau kerja pembinaan agar memenuhi dan mematuhi pelan pembinaan yang ditetapkan dari pemasangan dinding dan skim hinggalah pemasangan tile dan mengecat rumah serta memberi peluang kepada pelanggan menentukan corak tile dan warna cat supaya rumah yang dibina seperti yang diimpikan.

Spesifikasi
Spesifikasi & Kelengkapan
Kami memastikan spesifikasi pembinaan dipatuhi dan bersesuaian dengan yang telah dipersetujui dari awal pembinaan hinggalah serahan kunci dibuat. Kelengkapan yang dipasang seperti tandas, dapur serta lain-lain bahagian berkualiti dan bersesuai seperti yang dijanjikan.


Antara Impian Yang Telah Direalisasikan
Tugas kami adalah merubah impian anda menjadi realiti. Kami akan mereka bentuk, menyusun dan mengatur dari tapak hinggalah serahan kunci seperti yang anda impikan sebaiknya.




Rekabentuk Rumah Impian
Lebih 40 Rekabentuk Rumah Disediakan!
Kami telah menyediakan rekabentuk-rekabentuk yang menarik dengan pelbagai konsep dari tradisional klasik hingga moden untuk anda pilih dan anda juga boleh mereka bentuk sendiri impian anda.

Lagenda
5 Bilik Tidur 4 Bilik air dengan bukaan 35’x50′.

Melati
4 Bilik Tidur 3 Bilik Air dengan bukaan 37’x45′

Kyla
4 Bilik Tidur 4 Bilik Air dengan bukaan 40’x51′.

Kejora
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air dengan bukaan 24’x41′

Arieya
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air dengan bukaan 21’x38′

Mawar
3 Bilik Tidur 2 Bilik Air dengan bukaan 22’x40′
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah senarai soalan lazim (FAQ) yang sering ditanya oleh pelanggan yang ingin membina rumah atas tanah sendiri.
Berapakah anggaran kos untuk membina rumah atas tanah sendiri?
Kos bergantung kepada reka bentuk, saiz, bahan binaan, dan lokasi tapak. Banglo Idaman menawarkan harga bermula dari RM99,000, dengan pilihan reka bentuk dan spesifikasi yang boleh disesuaikan.
Berapa lama proses pembinaan rumah akan mengambil masa?
Secara purata, pembinaan menggunakan teknologi IBS mengambil masa 3-6 bulan, manakala kaedah konvensional memerlukan 6-12 bulan, bergantung kepada saiz rumah dan keadaan tapak.
Adakah syarikat menyediakan perkhidmatan pinjaman perumahan?
Ya, kami membantu pelanggan mendapatkan pinjaman bank, LPPSA (kakitangan kerajaan), dan pembiayaan Islamik, serta menyediakan dokumen yang diperlukan.
Bagaimana proses mendapatkan kelulusan pelan rumah?
Kami boleh membantu menguruskan kelulusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk penyediaan pelan arkitek, kejuruteraan, dan dokumen sokongan. Proses ini biasanya mengambil masa 6-12 bulan bergantung kepada kawasan dan syarat PBT.
Apakah kelebihan teknologi IBS yang digunakan oleh Banglo Idaman?
IBS (Industrialized Building System) menjadikan rumah lebih kukuh, cepat siap, dan mengurangkan risiko keretakan, berbanding kaedah konvensional.
Adakah Banglo Idaman menyediakan jaminan selepas pembinaan siap?
Ya, kami memberikan jaminan struktur selama 6 bulan untuk memastikan rumah yang dibina memenuhi standard kualiti yang tinggi.
Bolehkah saya membuat ubah suai terhadap pelan rumah yang disediakan?
Ya, pelanggan boleh menyesuaikan reka bentuk mengikut keperluan dan bajet, selagi mematuhi spesifikasi teknikal dan kelulusan pihak berkuasa.
Mahukah kami REALISASIKAN IMPIAN anda?
Tunggu apa lagi, buat tempahan anda dan beri kami REALISASIKAN IMPIAN anda sekarang!